Jata NegaraLogo Jabatan

InfoKemarau

Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air

+603-42895400 +603-42654037 nawabs@water.gov.my

MESEJ KETUA PENGARAH

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Laman Sesawang Public InfoKemarau ini merupakan salah satu inisiatif penting Jabatan yang bertujuan untuk menyediakan maklumat-maklumat amaran kemarau dan cerapan data hidrologi yang terkini. Penyediaan laman sesawang ini telah menjayakan usaha Jabatan dalam membangunkan pangkalan data hidrologi telemetri yang dapat memberi faedah kepada semua pengguna. Selaras dengan kehendak dan perkembangan teknologi semasa serta inisiatif Jabatan dalam merakyatkan perkhidmatan awam, Jabatan telah membangunkan aplikasi mobile myJPS dan mypublicinfokemarau yang boleh dimuatturun melalui Play Store (Android) dan Apps Store (iOS).

Adalah diharapkan, laman sesawang ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan pantas yang mudah dan berguna kepada orang awam, semua warga JPS dari peringkat pengurusan hingga pelaksana dan juga bagi Kementerian, Jabatan dan agensi lain yang memerlukan maklumat hidrologi khususnya data hujan dan aras air serta maklumat ramalan dan amaran kemarau secara ‘real-time’.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua Bahagian, Negeri dan Projek khususnya Pusat Ramalan dan Amaran Kemarau Negara, Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi yang telah berusaha dalam merealisasikan usaha Jabatan melalui penyediaan laman sesawang yang sangat informatif ini.

Sekian, terima kasih.

Ketua Pengarah

Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia